Thursday, February 3, 2011

The Doll

Rasuk

RM 19.90






Haikal dan Julia adalah sepasang kekasih yang begitu menyintai. Namun Haikal terpaksa meninggalkan Julia untuk melanjutkan pelajaran. Kesetiaan mula menduga Haikal pabila Nurlisa hadir di hati Haikal. Naluri Julia tidak tenteram sering mengesyaki kecurangan Haikal.
Semakin kerap mimpi-mimpinya memberi erti. Julia sering mengadu pada rakannya Syam, tanpa diketahui yang Syam juga jatuh hati padanya. Ketika Haikal pulang bercuti panjang, rahsia perhubungannya dengan Nurlisa terbongkar ketika terbabit dalam kemalangan. Nurlisa menemui ajalnya.
Julia merana lalu memutuskan perhubungannya dengan Haikal. Haikal pula makin digasak bayangan Nurlisa. Nurlisa masih menagih cinta Haikal biarpun telah bersemadi. Apakah Haikal dapat melepaskan diri dari cengkaman Nurlisa? Apakah pula Syam yang selama ini berkorban cinta demi memelihara hati mampu mewarnai hidup Julia yang menderita dikhianati?


Dendam Pewaris




Saka Tok Mun

RM 17.90


Cinta itu misteri. Hadir tanpa dipinta dan pergi tanpa direlai. Girang seorang gadis bila menemui cinta bertukar duka bila kasihnya disambar seseorang yang amat dipercayai.Hazrina dan Hartini adalah adik-beradik. Hubungan mereka sangat rapat dari kecil hinggalah meningkat dewasa. Namun kemesraan mereka tercalar apabila Zahidi, lelaki yang berjaya mencuri hati Hazrina telah beralih arah memilih Hartini, kakak kandungnya.Hartini sebenarnya seorang gadis yang sopan tiba-tiba berubah laku setelah ditawarkan bekerja di sebuah firma di ibu kota. Sejak merampas Zahidi dari tangan Hazrina, dia seolah-olah dihantui oleh sesuatu dari masa lampau yang sering menemaninya.Kekecewaan yang dialami Hazrina sering bertukar menjadi realiti dan api kemarahannya boleh mengundang bala. Begitu juga dengan Zahidi yang mempermainkan cinta Hazrina. Hubungan cinta Zahidi dan Hartini sering diganggu-gugat dengan perkara-perkara pelik. Bayangan seseorang sering mengganggu mereka ke mana sahaja mereka pergi. Hinggakan Zahidi takut menghadapi situasi yang seakan realiti itu. Syafiq teman sebilik Zahidi cuma mengubati hati Hazrina yang dikecewakan itu namun tidak semudah itu untuk Hazrina menerimanya. Hazrina juga menghadapi situasi yang sama sering diganggu oleh bayangan itu. Hanya Nenek Zainab mengetahui kisah itu namun dia tidak berani menceritakan kepada cucu-cucunya. Takut dia ditinggalkan seorang diri. Dapatkah Zahidi menerima Hartini? Bagaimana pula hubungan Syafiq dengan Hazrina? Dan apa pula tindakan Nenek Zainab bila melihat keretakan hubungan cucu-cucunya? Adakah dia ditakdirkan bersama?

Sunday, January 23, 2011

Novel Seram Zyra Safiya

Buku-buku ini boleh terus dihantar ke rumah anda bersama kos penghantaran yang berpatutan, yang tertakluk pada lokasi.

1. Saka Tok Mun
2. Dendam Pewaris
3. Rasuk
4. The Doll